
CUKA (KHAL)
CUKA (Bahasa Melayu), Vinegar (Bahasa Inggeris) dan KHAL (Bahasa Arab)
Cuka Apple dan Cuka Delima
Sabda Rasulullah S.A.W ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Inilah rahsia orang Arab yang mampu makan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, kolestrol, obesiti, gaut, batu karang dan pelbagai lagi masalah kesihatan.
Khal dalam bahasa Arab adalah bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti kurma, epal, anggur dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus menjadi alkohol, seterusnya bertukar menjadi yis, kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL. Khal Tamar Plus adalah satu bentuk minuman kesihatan yang telah di hasilkan oleh Perniagaan Qurba daripada buah tamar menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam.
Menurut Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib, Tahqiq dan Ta'liq oleh Said Al-Lahham, Juzuk 1 Darul Fikri Bairut tahun 1414H m/s 908-909
- Khal dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan
- menyucikan darah
- memperbaiki masalah pencernaan di perut
- memperbaiki masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan
- mengatasi masalah kalestrol yang tinggi
- menstabilkan asid dan garam dalam badan
- membuang keracunan di badan (toksik)
- masalah rahim
- menguatkan gigi, mata dan telinga
- mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan
Menurut Ibnu Qaiyyim Al-Jauziyyah (691-751 H) dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi m/s 233
- Khal bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut
- membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu
- Khal dapat melancarkan susu ibu
- Merawat masalah gangguan haid
- mengatasi masalah limpa
- menghilangkan masalah dahaga
- membersihkan darah
- membantu sistem penghadaman yang kasar
KHAL BERUPAYA PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI, ANTARANYA DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG, KANSER USUS SERTA LAIN-LAIN. Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat. Risalah ringkas KHAL TAMAR Plus ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan. APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. KHAL yang dihasil dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. (PQSB) ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum. SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL |
|
Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) |
|
Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318) |
|
|
Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). |
|
Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)
Penerangan di atas dipetik dari : https://www.qurba.com.my/khal.html |
Hubungi Kami
No. 6 Kompleks MBPP Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang
Aliza: 012411512/Abd Hamid: 0107951959
rosid5@y