
MINYAK WALNUT
Minyak Walnut (50ml)
Harga: RM22.00
MINYAK WALNUT
MINYAK WALNUT SHIFFA HOME
RM30.00 (20ml)
KHASIAT WALNUT (Klik di SINI untuk layari web Walnut)
Kacang Walnut kaya dengan vitamin B6. la penting untuk pembentukan protein dalam tubuh badan, keseimbangan hormon dan fungsi-fungsi pelalian.Selain vitamin B6, walnut juga kaya dengan vitamin B1 yang juga dikenali sebagai thiamine dan juga asid folik. Vitamin jenis ini penting untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi. Ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan mangan yang penting untuk menguatkan saraf.
Anda tidak perlu risau kerana kandungan kalorinya lebih rendah daripada kacang pecan atau kacang macadamia. Kandungan lemaknya pula lebih rendah daripada kacang Brazil, tetapi kandungan proteinnya dua kali lebih tinggi. Amalan memakan walnut enam kali seminggu boleh mengurangkan risiko diserang sakit jantung, sekali gus memanjangkan usia. Apakah rahsianya? Kacang walnut mengandungi asid lemak mono tepu (monosaturated fatty acid) yang menurunkan paras kolesterol. Ia juga kaya dengan vitamin E, sejenis bahan antioksida yang melindungi jantung, sekali gus menghindarkan serangan sakit jantung.
Pada zaman dahulu, kacang walnut digunakan dalam perubatan tradisional oleh orang-orang Inggeris untuk mengubati kudis atau kulit yang melecet. Kaedahnya ialah dengan menumbuk kacang walnut hingga lumat kemudian campur dengan sedikit mentega lalu disapu ke bahagian yang berkudis sebanyak dua kali sehari. Lakukan selama empat hari dan kudisnya akan sembuh.
Selain berguna dan bermanfaat kepada beberapa penyakit walnut juga baik untuk menghindari penyakit barah, menurunkan paras darah tinggi, baik untuk golongan diabetes, melindungi arteri dan menguatkan tulang. Dalam walnut terkandung omega-3 yang boleh membantu menguatkan tulang. Selain itu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan bolehlah makan walnut berbanding kekacang lain.
Pokok walnut dipercayai ditanam seribu tahun lalu dan mempunyai bermacam-macam jenis pokok bergantung tempat asal ia ditanam. Bangsa Roman mula memperkenalkan pokok walnut di seluruh Eropah dan ia banyak ditanam sehingga sekarang ini. Walnut pernah menjadi makanan utama bagi kaum Red Indian Amerika dan juga kolonial yang mula-mula menjelajah dan membuka negara Amerika Syarikat. Sekarang ini walnut ditanam secara komersil di Amerika Syarikat, Turki, China, Iran, Perancis dan Romania.
Hubungi Kami
No. 6 Kompleks MBPP Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang
Aliza: 012411512/Abd Hamid: 0107951959
rosid5@y